Test

Panduan Ibu Bapa

Penjagaan Anak Demam

Matlamat utama adalah memberi keselesaan kepada anak, bukannya sekadar menurunkan suhu.

✅ Pakaian Nipis / Longgar
❌ Selimut Tebal / Bedung
✅ Kipas Perlahan / Aircond
❌ Mandi Air Sejuk/Ais
✅ Minum Susu / Air Kerap
❌ Sapu Minyak Panas

🧽 Teknik Jelum (Tepid Sponging)

Gunakan air paip biasa (suhu bilik). Lap bahagian lipatan seperti ketiak, celah peha, dan leher selama 10-15 minit untuk membantu haba keluar dari badan.

Mitos vs Fakta:

Mitos: Anak akan kena sawan jika demam terlalu tinggi.
Fakta: Sawan demam selalunya berlaku kerana suhu naik terlalu mendadak, bukan sekadar suhu tinggi. Kebanyakan sawan demam adalah singkat dan tidak merosakkan otak, tetapi anak tetap perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

🚨 Segera Ke Hospital Jika:

  • Anak nampak sangat lemah, tidak bermaya atau asyik tidur.
  • Sesak nafas atau nafas berbunyi.
  • Muntah berterusan atau tidak mahu minum terus.
  • Ada tanda sawan (mata ke atas, kaki tangan tersentak-sentak).
  • Demam berlarutan melebihi 3 hari.

IMBAS UNTUK VIDEO PENJAGAAN DEMAM

📲
Cetak Panduan
Guna Antibiotik Dengan Bijak

Demam, Batuk & Selesema

Kebanyakan demam dan selesema (>80%) berpunca daripada Virus, bukannya Bakteria.

Jangkitan VIRUS Jangkitan BAKTERIA
Selesema, Batuk, Sakit Tekak Biasa Pneumonia, Jangkitan Kencing (UTI), Bisul
TIDAK Perlu Antibiotik PERLU Antibiotik

⚠️ Bahaya “Rintangan Antibiotik”

Mengambil antibiotik tanpa keperluan menyebabkan kuman menjadi kebal. Jika anda benar-benar sakit nanti, ubat mungkin tidak lagi berkesan untuk menyelamatkan anda.

Apa Perlu Dilakukan?

🛌
Rehat secukupnya (Bantu sistem imun lawan virus).
🥤
Minum banyak air kosong.
💊
Ambil ubat melegakan simptom (Demam/Selesema) sahaja.

Nota Penting: Jika doktor memberikan antibiotik, pastikan anda menghabiskan ubat tersebut mengikut jadual, walaupun sudah merasa sihat.

SIMPAN PANDUAN ANTIBIOTIK INI

📲
Cetak Panduan
Panduan Teknik Betul

Cara Guna Inhaler (MDI)

1

Persediaan

Buka penutup. Pegang inhaler secara tegak dan goncang selama 5 saat untuk memastikan ubat sebati.

2

Hembus Nafas

Duduk tegak. Hembus nafas keluar sepenuhnya (kosongkan paru-paru) sebelum memasukkan inhaler ke mulut.

3

Sedut & Tekan

Rapatkan bibir pada ‘mouthpiece’. Mula sedut perlahan-lahan dan pada masa yang sama, tekan inhaler sekali.

4

Tahan Nafas

Keluarkan inhaler. Tutup mulut dan tahan nafas selama 10 saat (atau semampu anda) supaya ubat meresap jauh ke paru-paru.

🧼 Nota Penting:

• Jika perlu sedutan kedua, tunggu 30-60 saat sebelum ulang semula.
• Jika guna inhaler pencegah (Warna Coklat/Oren), kumur mulut selepas guna untuk elak jangkitan kulat.

🌬️ Guna Spacer?

Sangat disyorkan untuk kanak-kanak dan warga emas. Ia membantu ubat masuk lebih efisien tanpa memerlukan koordinasi nafas yang sempurna.

IMBAS UNTUK VIDEO TEKNIK INHALER

📲
Cetak Panduan Inhaler
Panduan Gaya Hidup

Gastrik & Angin (GERD)

Peraturan 3 Jam

Jangan baring atau tidur dalam tempoh 3 jam selepas makan untuk mengelakkan asid naik ke tekak.

Kurangkan / Elakkan:

🌶️ Makanan Pedas
🍋 Buah/Jus Masam
☕ Kopi & Kafein
🥛 Santan Pekat
🍫 Coklat / Pudina
🥤 Minuman Bergas

Tips Untuk Anda:

🍽️
Makan Kerap, Dos Kecil

Lebih baik makan 5-6 kali dalam kuantiti kecil daripada makan 2-3 kali dalam kuantiti yang sangat besar.

🚬
Berhenti Merokok

Rokok melemahkan injap perut, memudahkan asid tertolak ke atas (pedih ulu hati).

🛌
Tinggikan Kepala Katil

Gunakan bantal tambahan atau tinggikan bahagian kepala katil jika anda sering sesak nafas atau pedih ulu hati waktu malam.

⚠️ Amaran (Alarm Symptoms):

  • Sukar menelan makanan (tersekat)
  • Najis berwarna hitam (seperti tar)
  • Berat badan turun mendadak tanpa sebab
  • Muntah darah atau sakit perut yang teramat sangat

*Segera jumpa doktor jika ada tanda-tanda di atas.

IMBAS UNTUK SIMPAN PANTANG MAKANAN

📲
Cetak Panduan
Pantauan Di Rumah

Amaran Bahaya Dengue

🚨

AWAS: Fasa kritikal selalunya bermula apabila suhu badan mula menurun (demam surut).

Segera ke Kecemasan (A&E) jika ada:

🤮
Muntah berterusan (>3 kali sehari)
😣
Sakit perut yang kuat
🩸
Gusi berdarah atau hidung berdarah
😴
Sangat lemah, lesu, atau rimas
🚽
Najis hitam atau muntah darah
❄️
Tangan dan kaki sejuk atau lembap

🥤 Galakkan Pengambilan Air

Minum air kosong, jus buah, atau ORS secara sedikit-sedikit tetapi kerap. Elakkan minuman berwarna merah/coklat (supaya tidak keliru dengan darah jika muntah).

SIMPAN SENARAI TANDA BAHAYA INI

📲
Cetak Panduan
Kesihatan Sendi

Penjagaan Sakit Lutut

Formulasi 1 : 4

Setiap 1kg berat badan yang anda turunkan, tekanan pada lutut akan berkurang sebanyak 4kg.

Tips Harian:

Guna Tandas Duduk
Mencangkung
Kasut Empuk
Duduk Bersila
Turun Tangga Perlahan
Berdiri Terlalu Lama

Senaman Kuatkan Otot Peha:

1. Menegangkan Peha (Isometric Quads)

  • Duduk dengan kaki lurus ke depan.
  • Letakkan tuala kecil di bawah lutut.
  • Tekan lutut ke bawah (ke arah tuala) dan tahan selama 10 saat.
  • Ulang 10 kali setiap pagi dan petang.

2. Angkat Kaki Lurus (Straight Leg Raise)

  • Baring terlentang.
  • Angkat kaki yang sakit secara lurus (kira-kira 30cm dari lantai).
  • Tahan selama 5 saat, kemudian turunkan perlahan-lakhari.

IMBAS UNTUK VIDEO SENAMAN LUTUT

📲
Cetak Panduan Lutut
Panduan Pemakanan Diabetes

Suku-Suku Separuh

🍚
Karbo
🍗
Protein
🥗🥦🍎
Sayur & Buah

“Guna pinggan saiz standard 10 inci”

🍚

Suku: Karbohidrat

Nasi putih, bihun, roti, atau ubi. Hadkan satu senduk sahaja.

🐟

Suku: Protein

Ikan, ayam, daging atau telur. Pilih masakan bakar, sup atau stim.

🥗

Separuh: Serat

Sayur-sayuran hijau dan satu potong buah. Mengenyangkan lebih lama.

Minuman: Air kosong (Plain Water) adalah pilihan terbaik. Elakkan teh tarik, milo atau kordial.

IMBAS UNTUK SIMPAN PANDUAN INI

📱

Tunjukkan skrin ini kepada pesakit untuk diimbas.

Cetak Panduan
Panduan Pesakit

Kawalan Gout & Diet

🚫 Pantang: Tinggi Purin

❌ Ikan Bilis
❌ Organ Dalaman
❌ Daging Merah
❌ Seafood (Sotong/Udang)
❌ Kicap / Sos Tiram
❌ Asparagus / Cendawan

🥤 Air Kosong (Paling Penting)

Minum sekurang-kurangnya 2.5 – 3 liter air sehari untuk membantu buah pinggang membuang asid urik.

💊 Allopurinol vs Painkillers

Jangan mula Allopurinol semasa sendi tengah bengkak/sakit. Ia boleh memburukkan serangan. Ambil ubat tahan sakit dahulu, dan mulakan ubat asid urik selepas bengkak surut sepenuhnya.

Nota: Hadkan minuman manis dan beralkohol. Gula (fruktosa) boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.

IMBAS UNTUK SIMPAN DIET GOUT

📲
Cetak Panduan
Kecemasan Diabetes

Gula Rendah (Hipoglisemia)

Kenali Tanda-Tanda:

😰 Berpeluh Sejuk
🫨 Menggigil
😵‍💫 Pening Kepala
🍕 Sangat Lapar
💓 Jantung Laju
😠 Cepat Marah

Tindakan: Peraturan 15-15

Langkah 1: Ambil 15g Gula Segera

Pilih salah satu: 1 sudu makan madu / gula, atau 1/2 tin air bergas (bukan diet), atau 1/2 cawan jus buah.

Langkah 2: Tunggu 15 Minit

Berehat dan jangan makan makanan berat lagi. Biarkan gula meresap ke dalam darah.

Langkah 3: Semak Gula Darah

Jika masih bawah 4.0 mmol/L, ulangi Langkah 1. Jika sudah normal, ambil snek (biskut/roti) atau makan hidangan utama.

🚨
KECEMASAN: Jika pesakit pengsan atau tidak sedar diri, JANGAN masukkan air/makanan ke dalam mulut. Hubungi 999 dengan segera.

SIMPAN PROTOKOL INI PADA TELEFON

📲
Cetak Panduan
Pencegahan Amputasi

Pemeriksaan Kaki Harian

Lakukan 3 langkah ini setiap malam sebelum tidur:

👀

LIHAT: Cari Perubahan

Cari luka kecil, melepuh (blisters), kemerahan, atau bengkak. Periksa celah-celah jari kaki.

RASA: Periksa Suhu

Adakah bahagian kaki yang terasa lebih panas atau terlalu sejuk berbanding biasa?

💡 Tip Pro: Gunakan cermin di atas lantai untuk melihat bahagian tapak kaki jika anda sukar untuk membongkok.

👞

SENTUH: Periksa Kasut

Sebelum pakai kasut, seluk tangan ke dalam. Pastikan tiada batu kecil, paku, atau lipatan tajam.

⚠️ Jumpa Doktor Segera Jika:

  • Luka yang tidak sembuh > 3 hari
  • Ada nanah atau bau busuk
  • Kaki menjadi hitam atau biru gelap
  • Kaki bengkak dan merah menyala
Pesanan Penting: Jangan memotong kuku terlalu dalam. Potong kuku secara lurus (straight across).

IMBAS UNTUK PANDUAN PENUH

📱
Cetak Panduan
Kawalan Tekanan Darah

Kurangkan Garam (Sodium)

🥄

1 Sudu Teh Sehari

Hadkan pengambilan garam kepada kurang 5g (2,000mg sodium) sehari untuk seluruh hidangan anda.

Waspada “Garam Tersembunyi”:

🥣

Sos & Kicap

🍜

Mi Segera

🐟

Ikan Masin / Bilis

🥚

Telur Masin

🥫

Makanan Tin

🍟

Snek / Jajan

Tips Untuk Anda:

🍋
Guna Perasa Semulajadi

Gantikan garam dengan perahan limau nipis, lada hitam, bawang putih, atau herba untuk menambah rasa.

🍽️
Makan Di Luar?

Minta “Kurang Garam” atau “Tanpa Ajinomoto (MSG)” semasa memesan makanan di kedai atau mamak.

👀
Baca Label Makanan

Pilih produk dengan label “Rendah Natrium” atau bandingkan kandungan sodium pada bungkusan.

SIMPAN PANDUAN DIET INI

📲
Cetak Panduan
Pantauan Kendiri

Teknik Rekod BP di Rumah

1

Rehat 5 Minit

Duduk dengan tenang sebelum mula. Jangan bercakap atau melihat telefon semasa pemeriksaan.

2

Posisi Badan

Duduk tegak, belakang bersandar pada kerusi. Kaki menjejak lantai (jangan silang kaki).

3

Kedudukan Lengan

Letakkan lengan di atas meja. Pastikan ‘cuff’ berada pada paras jantung anda.

4

Ambil 2 Bacaan

Ambil bacaan pertama, tunggu 1 minit, kemudian ambil bacaan kedua. Rekodkan purata kedua-duanya.

🚫 Jangan lakukan 30 minit sebelum:

  • ❌ Merokok
  • ❌ Minum Kopi/Teh
  • ❌ Bersenam
  • ❌ Mandi Air Panas

Sasaran Di Rumah

Bawah 135 / 85 mmHg

Sasaran di rumah adalah lebih rendah berbanding di klinik.

IMBAS UNTUK VIDEO TEKNIK BP

📲
Cetak Diari BP
Kawalan Gula Darah

Cara Guna Glucometer

1

Cuci Tangan

Cuci tangan dengan sabun dan air suam. Saki-baki makanan (terutamanya buah) pada jari boleh menyebabkan bacaan menjadi palsu-tinggi.

2

Sediakan Alat

Masukkan jalur (strip) ke dalam mesin. Gunakan jarum (lancet) yang baharu setiap kali pemeriksaan.

☝️

Petua Kurang Sakit: Cucuk pada sisi (tepi) jari, bukannya di tengah-tengah hujung jari yang lebih sensitif.

3

Titiskan Darah

Sentuhkan hujung jalur pada titisan darah. Tunggu beberapa saat untuk keputusan dipaparkan.

Sasaran Gula Darah (Target)

Waktu Sasaran (mmol/L)
Puasa / Bangun Tidur 4.4 – 7.0
2 Jam Lepas Makan 4.4 – 8.5 / 10.0*

*Sasaran mungkin berbeza mengikut umur dan keadaan kesihatan anda.

SIMPAN REKOD GULA ANDA

📲
Cetak Diari Gula
Panduan Penggunaan Pen

Teknik Suntikan Insulin

1

Sediakan Pen & Jarum

Cuci tangan. Pasang jarum baharu. Jika guna insulin jenis ‘cloudy’ (keruh), gulingkan pen 10 kali secara perlahan sehingga sebati.

2

Lakukan ‘Air Shot’ (Penting!)

Pusing 2 unit insulin. Hala pen ke atas dan tekan butang sehingga setitik insulin keluar. Ini untuk membuang gelembung udara dalam jarum.

3

Pilih & Bersihkan Tapak

Pilih kawasan berlemak. Jika perlu, lap dengan alkohol swab dan biarkan kering sepenuhnya sebelum cucuk.

📍 Kawasan Suntikan:

• Perut (2 jari dari pusat)
• Peha (Bahagian luar)
• Punggung
• Lengan (Bahagian belakang)
4

Cucuk & Tahan (Kira 10)

Cucuk secara menegak (90°). Tekan butang insulin sepenuhnya. Tunggu dan kira sehingga 10 sebelum mencabut jarum.

💡 Tip Pro: Rotasi Tapak Suntikan
Jangan cucuk di tempat yang sama setiap hari. Putarkan tapak suntikan (jarak 1 inci) untuk mengelakkan bengkak atau ‘lump’ (lipohypertrophy) yang boleh menjejaskan penyerapan insulin.

⚠️ JANGAN urut kawasan suntikan selepas cucuk!

IMBAS UNTUK VIDEO TEKNIK INSULIN

📲
Cetak Panduan
Kesihatan Jantung

Pengurusan Kolesterol

😈 LDL

Kolesterol “Jahat” (Sumbat Saluran Darah)

😇 HDL

Kolesterol “Baik” (Cuci Saluran Darah)

Panduan Makanan Malaysia:

🧠 Organ Dalaman (Hati/Otak)
SANGAT TINGGI
🥥 Santan Pekat / Kulit Ayam
TINGGI
🥣 Oat / Barli / Kekacang
BAIK
🐟 Ikan (Omega-3)
SANGAT BAIK

Pilihan Lebih Bijak:

Santan ➡️ Susu Sejat / Rendah Lemak
Goreng (Deep Fry) ➡️ Bakar / Stim / Sup
Minyak Berulang ➡️ Minyak Zaitun / Jagung

💡 Tip Pro: Amalkan senaman 30 minit sehari untuk meningkatkan kolesterol “Baik” (HDL) anda.

IMBAS UNTUK DIARI MAKANAN SIHAT

📲
Cetak Panduan
Top
VIP
Portal
Login | Out
Help
Scroll to Top